08/04/2016

Cuti Tanpa Gaji atau Cuti Menjaga Anak




Assalamualaikum..
Lama sungguh cik iza tak update blog rindu nak berkongsi cerita.
Tahun 2015 langsung tiada update. Tapi tahun tu la sungguh bermakna bagi kami sekeluarga, sebab dah menambah ahli keluarga. Si kakak dah ada adik. Alhamdulillah.

Tengok tu si adik dan kakak baru baik dari chicken pox

Entry kali ini cik iza nak share tentang Cuti Menjaga Anak. Cuti ini cuti tidak dibayar gaji ye. So sebelum cuti tu kena la menyimpan lebih sikit. Untuk kemudahan kita ketika kita bercuti. Kalu ada loan yang boleh disetle kan maka langsaikan lah dahulu ya. Cik iza sendiri selesaikan hutang peribadi sebelum bercuti. yang tinggal hanya loan perumahan sahaja. 
Ini adalah mengikut pengalaman cik iza yang telah pun menggunakan perkeliling perkhidmatan Bil 5 Tahun 2014 – Cuti Menjaga Anak. Untuk lebih detail boleh baca disini

Cuti Menjaga Anak (CMA) ini terbahagi kepada 2 iaitu : 
      1)        Cuti Menjaga Anak bersambung daripada Cuti Bersalin
      2 )       Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin.

Antara kelebihan cuti ini ialah, untuk memohon CMA pemohon tidak perlu menghabiskan cuti tahunan terlebih dahulu. Jadi cuti hakak-hakak semua selamat. Yeayy!!! Itu yang cik iza terkejut. Masa dah nak tamat tempoh CMA, admin maklumkan kepada cik iza bahawa cik iza ada cuti berbaki 22 hari lagi. Wowww.. memang wow sungguh. Terkejut cik iza. Antara faedah lain bonus duit raya dan pemberian khas pada Januari 2016 pun layak diterima. Alhamdulillah. Tapi….  Pemohon akan hilang kekananan sepanjang tempoh CMA (cik iza skip je ni. Tak kisah la hilang kekananan ke kekirian ke asalkan hati cik iza tenang dan bahagia dengan pilihan yang cik iza pilih) dan adalah beberapa perkara lain lagi. 

Tempoh CMA yang boleh dipohon adalah selama 5 tahun bersamaan dengan 1,825 hari termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. So kalau anda bercadang untuk menjaga anak dan mungkin anak memerlukan perhatian lebih boleh la apply. Walaupun dah pernah guna CMA ni, masih boleh apply lagi selagi cuti CMA anda masih berbaki. Untuk keterangan lanjut, boleh baca link diatas.

Ok. Memandangkan cik iza mengandung ketika itu, jadi Cik iza apply CMA bersambung dengan cuti bersalin. Surat permohonan dihantar lebih kurang 2 minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin. Tujuan cik iza memohon CMA ni adalah untuk menyokong penyusuan susu ibu. Nak beri lebih perhatian pada baby, kerana cik iza pernah rasa down, apabila anak pertama tiada rezeki. Ya, memang rezeki ditangan Allah dan memang tertulis si kakak hanya sempat menyusu dalam tempoh 2 minggu sahaja.itu pun dah campur susu formula atas beberapa factor yang telah ditakdirkan Allah untuk cik iza dan si kakak. Erm.. Ok lah.. ada komplikasi selepas pembedahan melahirkan si kakak. Dan ibu stress (nangis.. ) gagal mengawal emosi. Mungkin antara factor susu tidak produktif. (nangis lagi) perkara ini nampak simple dan boleh ignore je sebenarnya. Lagi pun memang sudah tiada rezeki. Tapi jauh di sudut hati ini..(cewahhhh macam drama pula) cik iza selalu teringat-ingat dan membuatkan rasa kasihan pada si anak yang berpanjagan.

Ehhhh dah terkeluar tajuk la :-D sekiranya diizinkan Allah cik iza nak share pengalaman mengandung dan bersalin kedua2 anak cik iza. Nanti diorang dah besar, boleh la diorang baca.
Ok. Kat sini cik iza sediakan contoh surat permohonan. Boleh la tiru sikit2 mana yang berkenaan ye.Sila klik pada gambar untuk tulisan yang lebih jelas ye.


Contoh surat CMA cik iza

memohon untuk setahun, tetapi diluluskan untuk tempoh 6 bulan dan cik iza tambah lagi sebulan bersamaan 7 bulan. kerja memang banyak dan terpaksa di ambil alih staf lain, itu mungkin salah satu faktor permohonan cuti setahun cik iza tidak diluluskan..Apapun Alhamdulillah, dapat la cik iza menggomol anak-anak selama 10 bulan tanpa gangguan ( ni termasuk cuti bersalin 3 bulan ye)
Alhamdulillah...

P/S : oh ye.. sepanjang CMA hati sangat senang dan tenang mengurus rumah. Seronok melihat anak-anak membesar didepan mata. Pergi sekolah dah siap sarapan, balik sekolah boleh terus lunch. Semua air tangan ibu sendiri. Alhamdulillah untuk tahun itu juga anak hanya sekali sahaja demam, si kakak kena chicken pox dan berjangkit pada si adik. Pecah record sungguh. Berbanding2 tahun-tahun sebelum ini si kakak kerap demam, setahun dalam 10 kali juga demam.
Ok terima kasih, selamat membaca dan cik iza harap entry ini memberi manfaat kepada semua.

 Salam sayang
~ Cik Iza ~

26/09/2014

01/07/2014

Juadah Berbuka Puasa Paling Best?

Assalamualaikum..

 Hye all, cik iza nak survey sikit bole? ape juadah yang paling korang gemar ketika berbuka puasa?
cik iza paling suka bubur lambuk,ayam percik,dan kuih tepung pelita.
InsyaAllah, nt cik iza akan update entry resepi juadah kesukaan cik iza tu..
tapi sebenar...

harini nak maklumkan ade makhlus halus baru yg duk menempek kat blog cik iza ni..
sila baca ayat2 suci alquran yang sempat anda ingt sebelum anda menoleh ke sisi kanan content blog ni ye...
...



...



...



...


Jumpe tak? ha... tu la dia.. baru tambah.. saya suka.. saya suka!
ok kalau u ol darlings berminat nak jawab survey cik iza sila klik je button kat sebelah tu ye..
jgn menggigil plak nak menjawabnye..
sonang kerja.. menu mana paling byk menu tu la yg cik iza nak kuarkan resepinya nanti :-D

ok.. Bye! Jumpa lagi..

Salam sayang
~Lizza Eusoff~

30/06/2014

Status Riak Di Facebook?

Riak atau kita yang terlalu suka menilai?


Sedang ber'fb'ing terjumpa status ni yang sedang berlegar dia alam maya.. ceeewah gitu...
secara personalnye.. secara PERSONAL ye.. bermakna pandangan peribadi.. anda berhak membangkang :-D Cik iza x pernah berasa apa2 bagi status2 sebegini..dan tidak pernah terfikir si penulis status sedang riak..

Cik iza yang banyk melakukan khilaf dan dosa ini, sgt tidak tersentuh atau pun berfikir yang tidak2 tentang status 'Done berbuka' atau sharing dari rakan2 FB ttg juadah berbuka mereka.. mungkin ada yang terkesan.. tp cik iza tidak sedikit pun terfikir mereka riak.. utk ape cik iza fikir status demikian berunsur riak? cik iza x tahu langsung hati mereka.. benar2 riak atau itu sekadar makluman aktiviti harian di bulan ramadhan..
berkaitan gambar2 atau tempat2 mkn.. yeayyyy!!! cik iza suka sgt kalau ade yg post sbb kdg2 buntu juga nak masak menu apa dan buntu mencari tempat mkn.. semua tu cikiza anggap sharing yang bermanfaat..

cik iza pernah terbaca status, 'kesian pada org susah, kita upoad gamba mkanan sedap2 mereka xdpt merasa..' adakah dgn tidak upload gamba kita tidak mkn mknan lazat2.. adakah dengan upload makanan lazat2, kita tidak membantu mereka yang memerlukan? jawapan nya ada pada individu yang upload gamba/status itu sendiri. so kita xperlu susah2 nak fikirkan 'bagi pihak' mereka ye.
Cik iza tak suka menilai yang susah2 sehingga ada sakit di hati..
take it easy!enjoy the status, enjoy the activity! enjoy the pictures, nice places... Enjoy the kemudahan2 yg social media sediakan.. etc

tapi cik iza setuju, 'biar semua amalan,hanya Allah shj tahu' tapi bukan hanya pada bulan ramadhan... mmg amalan kebaikan yg kita buat tidak perlu dicanang..

erm.. malas la komen.. sebab status itu pada cik iza hanya aktivity...

tapi ada status yang mninggalkan kesan.. yang kadang2 spoil betullah.tp cik iza akan scroll laju2 kebawah.. kalau kita xsuka kita jgn baca.. tp rasenye adalah xperlu sebarkan api kemarahan, kebencian.. kita sebarkan rasa kasih syg.. hormat menghormati ye darling! yang mcm ni mmg cik iza tak berapa berkenan..

dulu cik iza muda2 ade jugak buat perangai mcm ni.. tp jom la wahai pengguna social media, kita tinggalkan status sebegini..
status bergaduh laki bini, status frustrated, marah, benci, sakit hati, mengadu domba, hasad dengki, terlalu prasangka,melaga2kan sesama sendiri.. please la... u just spread the negative vibes..selalu sgt berprasangka dan berfikir yang tidak baik, berkata yang tidak baik, nanti mengganggu mood, kesihatan dan kita tak merasa bahagia pun, dan  org yang membaca sedikit sebanyak terasa geram dan sakit hati.. so, Jangan buat lagi.. Jom start di bulan yang mulia ni. kita berubah. insyaAllah, niat baik Allah bantu..

NOTA: ini hanya contengan peribadi dan hanye bekisar keadaan sekeliling yg normal.. Jom bersangka baik dengan entry cik iza ni ye! .. erk.. dalam malas2 komen cik iza da pun terkomen panjang lebar.. Ya ampuunnn!!!


Bye!

Salam sayang,
~ Lizza Eusoff~

Ramadhan Datang Lagi - Entry 2014

Assalamualaikum..


Gambar hasil google TQ penyumbang gamba yg super osem ni!
Alhamdulillah Allah masih beri kita nikmat menghirup udaraNYA dan berkesempatan bertemu Ramadhan tahun ni. Hari ni dah masuk hari ke 2 umat islam menjalankan ibadah Puasa...

Tenang rase melalui hari2 dalam bulan ramadhan ni. Kenapa ye?
Kenapa rasanya sgt berbeza dgn bulan2 yang lain? sedangkan bulan2 lain juga pergi ke opis, buat kerja rumah, masak hampir setiap hari, ade pasar mlm yg jual mkanan ala2 bazar Ramadhan? Tapi suasana sangat nyaman dan tenang

Salah 1 sebab cik iza rasa ialah bulan Ramadhan ni adalah bulan mulia, bulan berkat dan bulan rahmat.
Semua org berusaha menjadi muslim yang baik, kerana semua maklum bulan Ramadhan pahala berganda2 tidur pun dapat pahala,InsyaAllah. Bulan ini lah kita boleh mula berubah dan berusaha menjadi Hamba Allah yang taat. Kita di kelelilingi insan2 yang positif, insan2 yg sentiasa mengalunkan zikir, tasbih dan tahmid. muslim disekeliling yang mengalunkan bacaan Al-Quran, dan mendengar bacaan ayat2 suci AlQuran dari tv,radio atau mana2 records..Di kelilingi insan2 yang sentiasa berdoa, merintih dan mengharap keampuanan Allah, keredhaan yang Maha Esa serta rahmat dariNYA..Seronok kan? Semuanya mengalirkan positive energy yang mampu menghidupkan hati yang 11 bulan MUNGKIN byk melakukan dosa dan maksiat.

Tak mengapa, kalau org kata 'asal Ramadhan baru nak jengah masjid atau surau', 'baru nak bersedekah'
biarkan pandangan dan kata2 mereka. Allah Maha Mengetahui. mungkin, asbab ke masjid/surau di bulan Ramadhan, Allah limpahi hidayah utk sering berjemaah di masjid setelah tamat Ramadhan.
Mungkin sedekah setiap hari di tabung2 masjid,atau dibazar ramadhan dapat mendidik hati kita untuk istiqamah pada bulan2 seterusnya. Yang penting kita usaha..

owh.. pjg lebar cerita basic di bulan Ramadhan, Actually cik iza create this entry utk ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan, Selamat berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga, mengawal hati dan nafsu.

dan Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan, Semoga Allah memberkati dan menerima ibadah kita semua.. dan semoga istiqamah dalam melakukan amal kebaikan.. InsyaAllah.

Salam Sayang
~ Lizza Eusoff ~



23/06/2014

Resepi : Mihun Sup Sayur

Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah.... Masih bernafas di bumi Allah..
Dah lame benor cik iza x update blog.. sampai bersawang sana sini.. sampai naik demam la cik iza nak mencucinye.. rindu nak update resepi..heee... Seminggu lagi nak menyambut ramadhan...
ok.. dah lame sunyi, tetiba terjah blog bg resepi utk org tak sihat kan.. yup, sebab cik iza tak berapa nak sihat sekarang ni, alhamdulillah.. bermula dr sakit tekak selama seminggu dan kini tekak da ok tinggal batuk dan selsema sikit..

so resepi ni cik iza kelmarin :  Mihun Sup Sayur



Cik iza memang suka cili api,jadi adalah menjadi pemandangan biasa bila pinggan/mangkuk cik iza penuh cili
Resepi ni ikut suka hati cik iza berdasarkan pengalaman mkn di luar, n ingat2 lupa rase dan bhn2 dlm nye,so cik iza cincai asal sedap tekak nak mkn.
Alhamdulillah, tidak menghampa kan...

Bahan-bahan:

1)  Mihun agak2 la berapa org yang demam dalam rumah tu ye :-D , celur sehingga lembut.

2) 1 biji bwg besar potong dadu, 1 ulas bwg putih dihiris, dan setengah inci halia dihiris
3) 1 jemput ikan bilis direbus dijadikan stok. lagi byk lagi best (jemput tu istilah cik iza, pada  yang xtaw tu, jemput tu ape, ce try temukan kelima2 hujung jari bersama, ha.. mcm tu la..)
4) 2 biji telur ayam
5) 1 pokok sawi putih / pak choy (ye kot) dan daun ketumbar/daun sup(cik iza guna daun ketumbar)
6) perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
7) Minyak masak untuk menumis
7) aksesori cik za guna cili api jeruk.

Cara-Cara Penyediaan :
1) tumiskan bwg besar,bwg putih sehingga naik bau, kemudian
2) masukkan ikan bilis yang direbus, kacau sekejap dan
3) masukkan stok ikan bilis, reneh kan
4) dah menggelegak, pecahkan telur sebiji  demi sebijji, kemudian
5) masukkan sawi putih dan daun ketumbar sehingga sedikit layu, jgn lama sgt nt lembik.
6) akhir sekali perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam
7) sedia dimkn bersama mihun dan cili jeruk..

Alhamdulillah, Afiqah mmg suka jenis2 sup ni, sampai angkat2 mangkuk la.

Nota : Masakan ini mengikut selera cik iza, mungkin anda boleh mengubahnya mengikut selera anda sendiri :-)
Selamat Mencuba!!!
Salam sayang
  ~ Lizza Eusoff ~