16/08/2012

Resepi : Lemon Chicken Steamed

Assalamualaikum.. dah lame gambar ni dalam folder..tp cam liat2 je cik iza nak update new entry kat blog ni.. disebabkan hari ni agak lemau bg cik iza(kerana mood nak balik beraya) so cik iza menyelongkar balik mane masakan yg cik iza masak and sempat amik gamba.actually, menu ni kegemaran suami ketika dia xsihat..Jom try!
Lemon Chicken Steamed
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam cik iza potong kecil supaya cepat masak
5 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
3 ulas bawang kecil (tumbuk lumat)
1 batang serai ( tumbuk pecah)
1.5 cm halia (tumbuk)
3 ulas cili api (tumbuk,boleh tambah utk lebih pedas tp yang ni menu orang xsihat so,cik iza kurang kan)
sedikit serbuk lada hitam dan putih
2 sudu besar garam,1 sudu kecil gula
2 keping tauhu(potong 6)
1 biji bawang besar (belah 4,tak nak letak pun tak apa) 
1 kiub ayam (tak letak pun  tak pa)
1/4 lemon (sagat sikit kulit dan amik jus nya)
beberapa tangkai daun sup (hiris)

Cara Penyediaan :
1)Perap ayam bersama bawang putih,bawang kecil,halia, serai, cili api, garam+gula, serbuk lada hitam, serbuk lada putih (selama lebih kurang 15-20 minit)
2)kemudian masuk kan kiub ayam dan kukus selama 20 minit atau sehingga hampir masak
3)kemudian taburkan kulit lemon,daun sup, bawang besar, tauhu dan jus lemon.
4)sambung kukus untuk lebih kurang 5 minit.
5) dan siap untuk dihidang.Senang kan??

Masakan ini mengikut selera cik iza seisi keluarga, mungkin anda boleh mengubahnya mengikut sekera anda sendiri :-)

                   Selamat Mencuba!!!

   Salam sayang
    ~ Cik Iza ~




15/08/2012

Resepi : Telur Dadar Special

Telur Dadar Special


Di pengakhir Ramadhan ni terasa sangat malas nak sediakan hidangan untuk sahur begitu juga untuk berbuka puasa. the very quick and easy 5minute meal is telur dadar.. tp di olah sedikit supaya lebih berselera untuk bersahur..Jom try..
Bahan-bahan:
1) 3 biji telur ayam
2) 5 biji cili api(dicincang/tumbuk)
3) 3 ulas bawag kecil (dicincang/tumbuk)
4) 3 sudu besar daging cincang (boleh diganti dengan isi ayam yg dihiris nipis)
5) 5 batang saun sup (dihiris,boleh ditambah sayur lain seperti kailan)
6) 1 1/2 sudu kecil garam
7) Sedikit serbuk lada hitam dan serbuk lada putih
8) Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:
1) Pecahkan telur kedalam mangkuk dan beat menggunakan sudu atau whisk.
2) Satukan semua bahan diatas kedalam telur tadi sehingga rata.
3) Panas minyak dan sedia di goreng (paling2 sikit untuk memastikan kedua2 bahagian masak,sama mcm goleng telur dadar biasa)
4) siap dan hidang..mudah kn?

Masakan ini mengikut selera cik iza seisi keluarga, mungkin anda boleh mengubahnya mengikut sekera anda sendiri :-)

                   Selamat Mencuba!!!

   Salam sayang
    ~ Cik Iza ~

14/08/2012

Resepi : Sambal Tempoyak Masak

Sambal Tempoyak Masak
Bahan-Bahan:
1 mangkuk Tempoyak
1 1/2 santan
1 cawan air
30 biji cili api
pucuk ubi (hiris halus2)
daun kaduk (hiris halus2)
daun kunyit (hiris halus2)
5 ulas bawang merah
terung pipit
secekak ikan bilis
1cm kunyit
garam + gula (ikut rase)

Cara Penyediaan:
Blend (tempoyak,cili api,kunyit,bawang merah,ikan bilis,air)
masukkan bahan yang dikisar kedalam kuali bersama pucuk ubi,daun kaduk,daun kunyit dan terung pipit.
setelah daun2 hampir layu, masukkan santan, garam dan gula.
kacau sehingga semua bahan cukup masak,kalau suka yang jenis kering boleh la masak lama sikit diatas dapur
ok..siap untuk dihidang..(kalau buat kering sikit,tahan lama sikit.simpan dalan peti ais..nyummm)

Masakan ini mengikut selera cik iza, mungkin anda boleh mengubahnya mengikut selera anda sendiri :-)
 
Selamat Mencuba!!!
 
Salam sayang
  ~ Cik Iza ~