29/10/2012

Mihun Sup Super Sempoi AidilAdha 2012

Wwahhh!! nama menu ni lagi kellass gitu..maklum la sempena Aidiladha dan musim Master Chef ni.. Name kena gempak. rase insyaAllah sedap :-)
Mihun Super Sempoi
Bahan-bahan :
1) Mihun / Mee kuning / mee siput (boleh guna apa2 mee yang kita suka) celurkan terlebih dahulu
2) 2 mangkuk isi ayam yang di potong sederhana kecil
3) Penumis (yang da siap 4 sekawan tu), Sup bunjut
4) 6 ulas bawang kecil ditumbuk kasar
5) 4 ulas bawang putih ditumbuk kasar
6) 1.5 inci halia ditumbuk kasar
7) Daun  sup dihiris atau di ikat
8) bawang goreng (beli siap, kalau rajin buat sendiri),taugeh(celur/mentah)
9) Garam, serbuk pati ayam (optional)
10)Sedikit minyak untuk menumis
11)10 biji cili api,serbuk lada hitam/ garlic pepper,gula dan kicap

Cara-cara :
1) Sediakan stok ayam duhulu. Anggarkan air untuk sup, dan rebus isi ayam lebih kurang 5-10 minit, keluarkan isi ayam, asingkan separuh untuk dicarik2kan,dan ketepikan.
2) Tumis penumis dengan sedikit minyak, masukkan bahan yang ditumbuk kasar.kacau sehingga naik bau.
3) Masukkan isi ayam dan sup bunjut dan kacau.
4) Masukkan stok ayam yang telah disediakan tadi, daun sup tunggu sehingga mendidih.
5) Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa dan sedikit serbuk pati ayam jika suka. Siap!

Cara-cara membuat sambal kicap:
 1) Tumbuk lumat cili api,serbuk lada hitam, dan gula kemudian letak sedikit kicap.
cik iza guna sebuk Garlic pepper mcMormic ni dah siap ada bawang putih,garam.. puas menggoogle gamba jumpe gak kat page mcMormick ni :-)

akhir sekali hidangkan mihun bersama sup yang dicelur,tabur sedikit taugeh,bawang goreng,daun sup yang diracik2,ayam yang dicarik2 :-) dan sambal kicap. Siap..Jom Makan!




Masakan ini mengikut selera cik iza, mungkin anda boleh mengubahnya mengikut selera anda sendiri :-)
 

Selamat Mencuba!!!
 
Salam sayang
  ~ Cik Iza ~


Rendang Ayam Aidiladha 2012

Rendang Ayam Aidiladha 2012

Canggih gitu nama resepi cik iza kali ni..
cakap banyak tak guna..jom...check it out...

Bahan-bahan :
1/2 kilo ayam
4 batang serai*
2 inci halia*
2 inci kunyit hidup*
20 tangkai cili kering*
3 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 cawan santan pekat
1 setengah sudu makan kerisik
4 helai daun limau
4 helai daun kunyit (hiris)
2 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa.
minyak untuk goreng ayam dan menumis (agak2 la ye sukatan minyak ni mengikut bahan yg dikisar tu)
Blend bahan yang bertanda (*)
Kasi zoom siket...
Cara-cara
1) Goreng ayam dengan 1 senduk minyak shj(insyaAllah rendang ayam tak hancur), masukkan semua ayam dalam kuali,kacau sikit bagi minyak rata.Tutup kuali dan pastikan api yang paling perlahan. sekali sekala jenguk la ye..kang hangit pulak.. goreng sehingga air ayam kering. Setelah siap keluarkan dari kuali dan mula menumis dengan minyak lebihan goreng ayam tadi. kalau tak cukup tambah minyak ye :-)
2) Tumis bahan2 yang dikisar sehingga naik bau dan hampir masak.
3) Masukkan ayam dan santan. Kacau dan sekiranya suka berkuah, xperlu tunggu sehigga kering.
4 ) Masukkan asam keping, daun limau, daun kunyit, kerisik, garam dan gula secukup rasa.. Kacau sehingga rata.. Tutup api.. siap di hidang..sedapnye mkn ngn lemang :-)

Masakan ini mengikut selera cik iza, mungkin anda boleh mengubahnya mengikut selera anda sendiri :-)
 
Selamat Mencuba!!!
 
Salam sayang
  ~ Cik Iza ~



08/10/2012

Siakap Bakar Petai

Siakap Bakar Petai
Bahan-bahan (untuk 2 org makan) :
1) 1/2 ekor ikan siakap saiz sederhana
2) Serbuk Kunyit dan garam (perapan ikan)
3) 10 tangkai cili kering*  (boleh lebihkan kalau suka pedas)
4) 1 biji bawang besar*
5) 1 sudu besar udang kering*
6) Petai
7) gula dan garam secukup rasa
8) 1 kpg asam keping
Nota : Kisar bahan bertanda (*)

Cara-cara Penyediaan:
1) Perapkan ikan bersama garam dan kunyit (10minit) kemudian bakar
2) Sementara itu, tumis bahan yang bertanda * sehingga masak, masukkan garam dan gula secukup rasa serta asam keping.
3) akhir sekali baru masukkan petai, dan terus tutup api..tp kalau suka petai tu lembik boleh la masak lama atas api.

Kembali kepada ikan yang sedang di bakar..

4) Setelah ikan da hampir masak sapu kan sambal petai tadi pada ikan..(cik iza tak sapukan awal,sebab tak nak sambal hangus)
5) Apabila ikan cukup masak..angkat dan hidangkan..

Next time cik iza nak wat entry ayam bakar petai pulak..erm...nyummy2..

Masakan ini mengikut selera cik iza, mungkin anda boleh mengubahnya mengikut selera anda sendiri :-)
 
Selamat Mencuba!!!
 
Salam sayang
  ~ Cik Iza ~