30/06/2014

Ramadhan Datang Lagi - Entry 2014

Assalamualaikum..


Gambar hasil google TQ penyumbang gamba yg super osem ni!
Alhamdulillah Allah masih beri kita nikmat menghirup udaraNYA dan berkesempatan bertemu Ramadhan tahun ni. Hari ni dah masuk hari ke 2 umat islam menjalankan ibadah Puasa...

Tenang rase melalui hari2 dalam bulan ramadhan ni. Kenapa ye?
Kenapa rasanya sgt berbeza dgn bulan2 yang lain? sedangkan bulan2 lain juga pergi ke opis, buat kerja rumah, masak hampir setiap hari, ade pasar mlm yg jual mkanan ala2 bazar Ramadhan? Tapi suasana sangat nyaman dan tenang

Salah 1 sebab cik iza rasa ialah bulan Ramadhan ni adalah bulan mulia, bulan berkat dan bulan rahmat.
Semua org berusaha menjadi muslim yang baik, kerana semua maklum bulan Ramadhan pahala berganda2 tidur pun dapat pahala,InsyaAllah. Bulan ini lah kita boleh mula berubah dan berusaha menjadi Hamba Allah yang taat. Kita di kelelilingi insan2 yang positif, insan2 yg sentiasa mengalunkan zikir, tasbih dan tahmid. muslim disekeliling yang mengalunkan bacaan Al-Quran, dan mendengar bacaan ayat2 suci AlQuran dari tv,radio atau mana2 records..Di kelilingi insan2 yang sentiasa berdoa, merintih dan mengharap keampuanan Allah, keredhaan yang Maha Esa serta rahmat dariNYA..Seronok kan? Semuanya mengalirkan positive energy yang mampu menghidupkan hati yang 11 bulan MUNGKIN byk melakukan dosa dan maksiat.

Tak mengapa, kalau org kata 'asal Ramadhan baru nak jengah masjid atau surau', 'baru nak bersedekah'
biarkan pandangan dan kata2 mereka. Allah Maha Mengetahui. mungkin, asbab ke masjid/surau di bulan Ramadhan, Allah limpahi hidayah utk sering berjemaah di masjid setelah tamat Ramadhan.
Mungkin sedekah setiap hari di tabung2 masjid,atau dibazar ramadhan dapat mendidik hati kita untuk istiqamah pada bulan2 seterusnya. Yang penting kita usaha..

owh.. pjg lebar cerita basic di bulan Ramadhan, Actually cik iza create this entry utk ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan, Selamat berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga, mengawal hati dan nafsu.

dan Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan, Semoga Allah memberkati dan menerima ibadah kita semua.. dan semoga istiqamah dalam melakukan amal kebaikan.. InsyaAllah.

Salam Sayang
~ Lizza Eusoff ~



No comments:

Post a Comment