18/01/2013

Resepi : BBQ Ayam

Assalamualaikum.. lama betul Cik Iza x update blog resepi ni..
semenjak terjebak dengan biz kain ni... agak tersipu2 je nak update resepi..
apa2 pun Cik Iza still rindu nak berkongsi resepi.. update sikit2 dulu ye..

Sempena birthday puteri Cik Iza baru-baru ni.. kami buat makan2 kecil2an je di rumah mertua..
Main Course nya BBQ dengan sentuhan rasa rakyat Malaysia ya..(sebab sy guna rempah yg org kita suka mkn. Mohd Salleh makan ni mau merah2 muka) .. di sebabkan semua yang mkn mintak resepi..
jadi Cik Iza rasa nak berkongsi disini.
Main Course
 *** Gamba x focus.. sbb masing2 tak dan-dan nak mkn :-)
Bahan Perap (3 1/2 ekor ayam) :
1) Ayam 3 1/2 ekor
2) Halia 5cm dan kunyit 1cm
3) Lengkuas 3cm
4) Serai 9 btg (bergantung size ya)
5) 12 biji Bawang Besar
6) 1 labu bawang putih

7) 3 sudu besar garam dan 3 sudu besar gula ( agak2 je la, lagi bagus kalau ada madu)
8) Setengah botol sos BBQ Knorr (guna la apa2 brand pon xpe:-))
9) 1 1/2 sudu besar jintan manis
10) 1 1/2 sudu besar jintan putih

Blend item (2)-(7), keluarkan/asingkan 3 sudu besar bahan yang dikisar untuk buat sos BBQ nanti. kemudian perapkan ayam bersama bahan y telah dikisar jangan lupa masukkan sekali sos BBQ, jintan manis dan jintan putih. Cik Iza perap semalaman dalam peti sejuk. mmg rase rempah masuk dalam ayam. cuba lah :-) Then bakar sehingga benar2 masak.

Bahan2 dan Cara penyediaan Sos BBQ
**Bahan yang telah dikisar tadi,BBQ sos, Sos lada hitam Bumi Hijau(guna brand lain pun boleh), 1 cawan air, sedikit garam sebagai perasa
1) Tumis bahan2 yang telah dikisar dengan minyak yang sedikit sehingga naik bau.
2) Masukkan BBQ sos, Sos lada hitam dan garam
3) masukkan air dan masak sehingga mendidih dan siap untuk di cicah dengan ayam yang da siap di bakar

Side Dishes


sebelum tu.. Taddaaa....
Birthday Girl : Afiqah
Nota : Masakan ini mengikut selera cik iza, mungkin anda boleh mengubahnya mengikut selera anda sendiri :-)
Selamat Mencuba!!!
Salam sayang
  ~ Cik Iza ~


*psst .. cik iza nak promote sikit kedai kain cik iza ye... jemput singgah :-) Lovelicious Boutique