18/07/2012

Resepi : Ikan Tempoyak Steam Bersama Cendawan

Ikan Tempoyak Steam
Bahan-bahan :

1) 4 ekor ikan (ikut suka ikan yang anda gemar n sedap dimkn dengan tempoyak.patin lg urmmpphh)
2) semangguk tempoyak
3) 10 biji cili api (boleh lebih n kurangkan)
4) 4 ulas bawang putih
5) 1 ulas bawang merah
6) Sebatang serai, 1.5 cm halia, 2 sudu besar minyak zaitun

7) shimeji mushroom,tomato cheryy (atau apa2 sayur yang anda suka,kalau suka citarasa kampung boleh letak daun kaduk,bunga kantan,daun kesum,pucuk ubi atau daun kunyit yang dihiris)
8) 1 sudu kecil garam dan 2 sudu kecil gula sebagai perasa (boleh tambah dan kurangkan mengikut selera)

Cara Penyediaan:
1) Blend Serai,halia,bawang putih,cili api,garam dan tempoyak
2) Perapkan bahan diatas bersama ikan selama 10-15 minit.
3) Kemudian, Steam kan ikan tersebut selama 15minit (bergantung saiz ikan yang digunakan)
4) 5 minit terakhir,taburkan gula,masukkan mushroom,tomato cherry, minyak zaitun dan kukus semula.
5) siap untuk dihidang

Pesanan : sekiranya menggunakan ulam atau sayur2 kampung,masukkan sayur awal sikit supaya betul2 masak. :-)

Masakan ini mengikut selera cik iza, mungkin anda boleh mengubahnya mengikut selera anda sendiri :-)
Selamat Mencuba!!!
 
Salam sayang
  ~ Cik Iza ~

No comments:

Post a Comment