16/08/2012

Resepi : Lemon Chicken Steamed

Assalamualaikum.. dah lame gambar ni dalam folder..tp cam liat2 je cik iza nak update new entry kat blog ni.. disebabkan hari ni agak lemau bg cik iza(kerana mood nak balik beraya) so cik iza menyelongkar balik mane masakan yg cik iza masak and sempat amik gamba.actually, menu ni kegemaran suami ketika dia xsihat..Jom try!
Lemon Chicken Steamed
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam cik iza potong kecil supaya cepat masak
5 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
3 ulas bawang kecil (tumbuk lumat)
1 batang serai ( tumbuk pecah)
1.5 cm halia (tumbuk)
3 ulas cili api (tumbuk,boleh tambah utk lebih pedas tp yang ni menu orang xsihat so,cik iza kurang kan)
sedikit serbuk lada hitam dan putih
2 sudu besar garam,1 sudu kecil gula
2 keping tauhu(potong 6)
1 biji bawang besar (belah 4,tak nak letak pun tak apa) 
1 kiub ayam (tak letak pun  tak pa)
1/4 lemon (sagat sikit kulit dan amik jus nya)
beberapa tangkai daun sup (hiris)

Cara Penyediaan :
1)Perap ayam bersama bawang putih,bawang kecil,halia, serai, cili api, garam+gula, serbuk lada hitam, serbuk lada putih (selama lebih kurang 15-20 minit)
2)kemudian masuk kan kiub ayam dan kukus selama 20 minit atau sehingga hampir masak
3)kemudian taburkan kulit lemon,daun sup, bawang besar, tauhu dan jus lemon.
4)sambung kukus untuk lebih kurang 5 minit.
5) dan siap untuk dihidang.Senang kan??

Masakan ini mengikut selera cik iza seisi keluarga, mungkin anda boleh mengubahnya mengikut sekera anda sendiri :-)

                   Selamat Mencuba!!!

   Salam sayang
    ~ Cik Iza ~




No comments:

Post a Comment