Assalamualaikum..
Lama sungguh cik iza tak update blog rindu nak
berkongsi cerita.
Tahun 2015 langsung tiada update. Tapi tahun tu la
sungguh bermakna bagi kami sekeluarga, sebab dah menambah ahli keluarga. Si kakak
dah ada adik. Alhamdulillah.
Tengok tu si adik dan kakak baru baik dari chicken pox |
Entry kali ini cik iza nak share tentang Cuti
Menjaga Anak. Cuti ini cuti tidak dibayar gaji ye. So sebelum cuti tu kena la menyimpan
lebih sikit. Untuk kemudahan kita ketika kita bercuti. Kalu ada loan yang boleh disetle kan maka langsaikan lah dahulu ya. Cik iza sendiri selesaikan hutang peribadi sebelum bercuti. yang tinggal hanya loan perumahan sahaja.
Ini adalah mengikut pengalaman cik iza yang telah
pun menggunakan perkeliling perkhidmatan Bil
5 Tahun 2014 – Cuti Menjaga Anak. Untuk lebih detail boleh baca disini
Cuti Menjaga Anak (CMA) ini terbahagi kepada 2 iaitu :
1) Cuti Menjaga Anak bersambung daripada
Cuti Bersalin
2 )
Cuti Menjaga Anak yang tidak
terikat dengan Cuti Bersalin.
Antara kelebihan cuti ini ialah, untuk memohon CMA
pemohon tidak perlu menghabiskan cuti tahunan terlebih dahulu. Jadi cuti
hakak-hakak semua selamat. Yeayy!!! Itu yang cik iza terkejut. Masa dah nak
tamat tempoh CMA, admin maklumkan kepada cik iza bahawa cik iza ada cuti
berbaki 22 hari lagi. Wowww.. memang wow sungguh. Terkejut cik iza. Antara faedah
lain bonus duit raya dan pemberian khas pada Januari 2016 pun layak diterima.
Alhamdulillah. Tapi…. Pemohon akan
hilang kekananan sepanjang tempoh CMA (cik iza skip je ni. Tak kisah la hilang
kekananan ke kekirian ke asalkan hati cik iza tenang dan bahagia dengan pilihan
yang cik iza pilih) dan adalah beberapa perkara lain lagi.
Tempoh CMA yang boleh dipohon adalah selama 5
tahun bersamaan dengan 1,825 hari termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan
mingguan dan hari kelepasan am. So kalau anda bercadang untuk menjaga anak dan
mungkin anak memerlukan perhatian lebih boleh la apply. Walaupun dah pernah
guna CMA ni, masih boleh apply lagi selagi cuti CMA anda masih berbaki. Untuk keterangan
lanjut, boleh baca link diatas.
Ok. Memandangkan cik iza mengandung ketika itu,
jadi Cik iza apply CMA bersambung dengan cuti bersalin. Surat permohonan
dihantar lebih kurang 2 minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin. Tujuan cik iza
memohon CMA ni adalah untuk menyokong penyusuan susu ibu. Nak beri lebih
perhatian pada baby, kerana cik iza pernah rasa down, apabila anak pertama
tiada rezeki. Ya, memang rezeki ditangan Allah dan memang tertulis si kakak
hanya sempat menyusu dalam tempoh 2 minggu sahaja.itu pun dah campur susu
formula atas beberapa factor yang telah ditakdirkan Allah untuk cik iza dan si kakak. Erm.. Ok
lah.. ada komplikasi selepas pembedahan melahirkan si kakak. Dan ibu stress (nangis..
) gagal mengawal emosi. Mungkin antara factor susu tidak produktif. (nangis
lagi) perkara ini nampak simple dan boleh ignore je sebenarnya. Lagi pun memang
sudah tiada rezeki. Tapi jauh di sudut hati ini..(cewahhhh macam drama pula)
cik iza selalu teringat-ingat dan membuatkan rasa kasihan pada si anak yang berpanjagan.
Ehhhh dah terkeluar tajuk la :-D sekiranya
diizinkan Allah cik iza nak share pengalaman mengandung dan bersalin kedua2
anak cik iza. Nanti diorang dah besar, boleh la diorang baca.
Ok. Kat sini cik iza sediakan contoh surat
permohonan. Boleh la tiru sikit2 mana yang berkenaan ye.Sila klik pada gambar untuk tulisan yang lebih jelas ye.
Contoh surat CMA cik iza |
memohon untuk setahun, tetapi diluluskan untuk tempoh 6 bulan dan cik iza tambah lagi sebulan bersamaan 7 bulan. kerja memang banyak dan terpaksa di ambil alih staf lain, itu mungkin salah satu faktor permohonan cuti setahun cik iza tidak diluluskan..Apapun Alhamdulillah, dapat la cik iza menggomol anak-anak selama 10 bulan tanpa gangguan ( ni termasuk cuti bersalin 3 bulan ye)
Alhamdulillah...
P/S : oh ye.. sepanjang CMA hati sangat senang dan
tenang mengurus rumah. Seronok melihat anak-anak membesar didepan mata. Pergi sekolah
dah siap sarapan, balik sekolah boleh terus lunch. Semua air tangan ibu
sendiri. Alhamdulillah untuk tahun itu juga anak hanya sekali sahaja demam, si
kakak kena chicken pox dan berjangkit pada si adik. Pecah record sungguh. Berbanding2
tahun-tahun sebelum ini si kakak kerap demam, setahun dalam 10 kali juga demam.
Ok terima kasih, selamat membaca dan cik iza harap
entry ini memberi manfaat kepada semua.
Salam sayang
~ Cik Iza ~