18/07/2012

Resepi : Ikan Tempoyak Steam Bersama Cendawan

Ikan Tempoyak Steam
Bahan-bahan :

1) 4 ekor ikan (ikut suka ikan yang anda gemar n sedap dimkn dengan tempoyak.patin lg urmmpphh)
2) semangguk tempoyak
3) 10 biji cili api (boleh lebih n kurangkan)
4) 4 ulas bawang putih
5) 1 ulas bawang merah
6) Sebatang serai, 1.5 cm halia, 2 sudu besar minyak zaitun

7) shimeji mushroom,tomato cheryy (atau apa2 sayur yang anda suka,kalau suka citarasa kampung boleh letak daun kaduk,bunga kantan,daun kesum,pucuk ubi atau daun kunyit yang dihiris)
8) 1 sudu kecil garam dan 2 sudu kecil gula sebagai perasa (boleh tambah dan kurangkan mengikut selera)

Cara Penyediaan:
1) Blend Serai,halia,bawang putih,cili api,garam dan tempoyak
2) Perapkan bahan diatas bersama ikan selama 10-15 minit.
3) Kemudian, Steam kan ikan tersebut selama 15minit (bergantung saiz ikan yang digunakan)
4) 5 minit terakhir,taburkan gula,masukkan mushroom,tomato cherry, minyak zaitun dan kukus semula.
5) siap untuk dihidang

Pesanan : sekiranya menggunakan ulam atau sayur2 kampung,masukkan sayur awal sikit supaya betul2 masak. :-)

Masakan ini mengikut selera cik iza, mungkin anda boleh mengubahnya mengikut selera anda sendiri :-)
Selamat Mencuba!!!
 
Salam sayang
  ~ Cik Iza ~

16/07/2012

Resepi : Banana Pancakes

Banana Pancake
Untuk hidangan 4 orang
Bahan-bahan :
2 biji pisang masak (dilenyek)
1 cawan tepung gandum
2 sudu minyak zaitun
sebiji telur
1 sudu besar yogurt
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu butter yang dicair kan
1 sudu kecil soda bicarbonate


 Cara-cara membuatnya :
(boleh guna mixer atau pon blender)
1) pukul telur, xperlu sampai kembang
2) masukkan pisang, minyak zaitun, yogurt butter dan susu pekat(gaul rata)
3) kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum dan soda bicarbonate kedalam campuran tadi.
4) Apabila telah sebati simpan lebih kurang 10-15 minit
5) kemudian masak menggunakan butter/majerin (sedikit sahaja,supaya tak melekat pada kuali)pastikan api paling kecil supaya tak cepat hangus.
buat la saiz kecil2 supaya anak-anak kecil senang untuk memakannye.
6) akhir sekali hidangkan, boleh dimakan dengan madu,coklat,susu dan sebagainya
   Masakan ini mengikut selera cik iza, mungkin anda boleh mengubahnya mengikut selera anda sendiri :-)
Selamat Mencuba!!!
 
Salam sayang
  ~ Cik Iza ~

09/07/2012

Resepi : Fruit Salad With Yogurt

Nyummy Fruit Salad
Bahan - Bahan :
(boleh guna buah kesukaan anda, cik iza ni buat guna buah yang mmg da ada dalam peti ais)
1) Manggo,avocado, tomato cherry (dipotong dadu),baby oranges ( tak perlu potong saiz mmg dah kecil)
2) 1 sudu besar real mayonaise
3) 2 sudu besar yogurt plain
4) 5 sudu besar fruit salad dressing
5) secubit garam
antara bahan2 yang digunakan.

Cara penyediaan dressing:
satu kan mayonaise, yogurt, fruit salad dressing dan garam dan gaul rata.
psstt.. ada satu lagi cara untuk menyediakan dressing yang selalu cik iza buat dengan menggunakan avocado..may b for next entry la ya. ..

Cara penyediaan Fruit Salad:
satukan buah2an kedalam bowl dan tuangkan dressing tadi gaul rata. siap untuk dihidangkan.
psstt: jangan gaul lama sangat,berhati2 ketika menggaul kerana avocado sgt lembut...takut hancur nanti..

Nota : Masakan ini mengikut selera cik iza, mungkin anda boleh mengubahnya mengikut selera anda sendiri :-)
Selamat Mencuba!!!
 
Salam sayang
  ~ Cik Iza ~








05/07/2012

Resepi : Siakap Steam Citarasa Ku

~Siakap Steam~





  Bahan-Bahan :
1) Seekor siakap
2) 4 ulas bawang kecil,4 ulas bawang putih(tumbuk)
3) 10 biji cili api (tumbuk-boleh dikurang  atau lebihkan)
4) 1.5 cm halia dan 2 batang serai (diketuk)
5) 1 biji bawang bombay (di belah 4 atau 8)
6) 2 sudu besar perahan lemon
7) 2 sudu besar garam,2 sudu besar gula, 4-5 sudu besar sos tiram - sebagai perasa
8) tomato cherry (atau tomato biasa),sedikit hirisan kulit lemon (boleh digantikan dengan daun limau purut)


Perapan :
1) Gaulkan ikan bersama bawang kecil, bawang putih, cili api, halia, serai, garam, gula dan sos tiram.
2) Perapkan lebih kurang 15-20 minit.
kemudian, kukus lebih kurang 20-30 minit
3) 5 minit terakhir, masukkan perahan lemon,tomato cherry, dan taburkan hirisan kulit lemon,dan bawang bombay  tutup pengukus dan tunggu selama lebih kurang 5 minit. dan siap untuk dihidang!!



psttt: sukatan perasa yang cik iza gunakan adalah bergantung pada saiz ikan yg cik iza beli..kalau lagi besar ikan, lebih kan sedikit bahan ye!


Nota : Masakan ini mengikut selera cik iza, mungkin anda boleh mengubahnya mengikut selera anda sendiri :-)
Selamat Mencuba!!!
 
Salam sayang
  ~ Cik Iza ~

02/07/2012

Resepi : Avocado Smoothies

Avocado Smoothies : 1 untuk dia, 1 untuk saya !!!
Bahan-Bahan :
Hidangan untuk 4 gelas
Sebiji Avocado (ambil isi sahaja)
2 gelas susu penuh krim (atau slow fat pun boleh jgak)
3 sudu besar plain yogurt
3 sudu besar gula / madu
Avocado,plain yogurt,susu, dan gula


Cara menyediakan Avocado smoothies ni senang sgt:
1) satu kan kesemua bahan di atas dan blend
2) siap, hidang kan dalam gelas.. hias agak2 comel, sedia diminum..

nota: boleh tambah ais untuk minum sejuk atau sejukkan terlebih dahulu susu td

Nota : Masakan ini mengikut selera cik iza, mungkin anda boleh mengubahnya mengikut selera anda sendiri :-)
Selamat Mencuba!!!
 
Salam sayang
  ~ Cik Iza ~